"Ya Allah!"
apabila
dizikirkan 500x setiap mlm, lebih² lagi selepas sholat Tahajjud
atau sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yg besar di dlm mencapai segala
yg dihajati.
"Ya Rahman!"
apabila
dizikirkan sesudah sholat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat² pelupa & gugup akan hilang dgn
izin Allah swt.
"Ya Rahim!"
apabila
dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita akan
mempunyai daya penarik yg besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih
serta sayang terhadap kita.
"Ya Malik!"
apabila
dizirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah tergelincirnya
matahari, segala pekerjaan yg dilakukan setiap hari akan mendtgkan berkat &
kekayaan yg diredhai Allah.
"Ya Quddus!"
apabila
dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati spt sombong, iri
hati, dengki dan lain².
"Ya Salam!"
apabila
dizikirkan sebanyak 136x, Insyaallah jasmani & rohani kita
akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat &
sejahtera.
"Ya Mukmin!"
apabila
dizikirkan sebanyak 236x, Insyaallah dgn izin Allah swt diri
kita,keluarga & segala kekayaan yg dimiliki akan terpelihara & aman
dari segala mcm gangguan yg merosakkan.
"Ya Muhaimin!"
apabila
dizikirkan sebanyak 145x sesudah sholat fardhu Isyak, Insyaallah
fikiran & hati kita akan menjadi tenang & bersih dari segala sesuatu yg
merumitkan sehingga mudah utk menghafal apa jua pelajaran.
"Ya 'Aziz!"
apabila dizikirkan
sebanyak 40x sesudah sholat subuh, Insyaallah dgn izin Allah,
kita akan menjadi org yg mulia, disegani org krn penuh kewibaan.
"Ya Jabbar!"
apabila
dizikirkan sebanyak 226x pagi & ptg, semua musuh akan menjadi
tunduk & patuh dgn izin Allah swt.
"Ya Mutakabbir!"
apabila
dizikirkan sebanyak 662x, maka dgn kebijaksanaan bertindak, kita
akan dpt menudukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
"Ya Khaliq!"
dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, Insyaallah bagi yg ingin
otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak
kita cerdas dan cepat tangkap.
"Ya Baarii' !"
sekiranya
kita berada di dlm kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x
selama 7 hari berturut², Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran &
sembuh dari penyakit tersebut.
"Ya Musawwir!"
sekiranya
seorg isteri yg sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dgn
berpuasa selama 7 hari dari Ahad hingga Sabtu. Diwaktu hendak berbuka puasa,
ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,
kemudian diminum air tersebut utk berbuka puasa.Bagi sang suami, hendaklah
berbuat perkara yg sama tetapi hanya dgn berpuasa selama 3 hari. Kemudian, pada
waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10x, Insyaallah
akan dikurniakan anak yg soleh dgn izin Allah swt.
"Ya Ghaffaar!"
sambil
beri'tikaf (diam dlm masjid dlm keadaan suci bacalah zikir ini sebanyak 100x
sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat, Insyaallah akan diampunkan dosa²
kita.
"Ya Qahhaar!"
dizikir
menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga
dari ketamakkan & kemewahan dunia & Insyaallah org² yg selalu memusuhi
kita akan sedar & tunduk akhirnya.
"Ya Wahhaab!"
dizikir
sebanyak 100x sesudah sholat fardhu, barang siapa yg selalu di
dlm kesempitan, Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dlm soal apa pun
akan hilang dgn izinNya.
"Ya Fattah!"
dizikir
sebanyak 71x sesudah selesai sholat subuh, Insyaallah hati kita
akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
"Ya 'Aalim!"
dizikir
sebanyak 100x setiap kali selesai sholat Maktubah, Insyaallah
akan mendpt kemakrifatan yg sempurna.
Fadhilat
ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul Husna & Himpunan Ayat-Ayat
Al-Quran: Abu Nur Husnina keluaran Pustaka.